http://rss.news.yahoo.com/rss/entertainment

More News For Search Her

BERAT mata memandang, berat lagi bahu memikul. Begitulah nasib malang yang menimpa pelarian Rohingya di Malaysia, hak mereka ditindas dan dicabul pihak junta Myanmar.

Mereka lahir sebagai warga Myanmar, tetapi dinafikan hak untuk memiliki kad pengenalan, malah hak asasi kemanusiaan untuk hidup di bumi sendiri dicabuli dengan rakus. Wanita Rohingya dirogol dan dicabul tentera Myanmar setiap waktu. Etnik ini rata-rata menganut agama Islam, namun mereka dihalang untuk bergerak bebas walaupun untuk ke masjid menunaikan ibadat. Malangnya ramai masyarakat Malaysia terutama kaum Melayu yang mempunyai stigma negatif terhadap pelarian etnik Rohingya yang dianggap seperti pendatang di bumi Malaysia, walhal mereka mendapat pengiktirafan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menetap di sini. Kecetekan sumber maklumat yang betul serta ketidakpekaan terhadap nasib yang menimpa etnik Rohingya ini menyebabkan etnik ini disisih masyarakat Malaysia. Walaupun sebilangan besar antara mereka sudah tinggal hampir 45 tahun di Malaysia, mereka masih belum dapat menikmati kehidupan seperti manusia biasa. Mereka tidak berpeluang mendapat pendidikan, pekerjaan, kesihatan dan jaminan keselamatan serta undang-undang. Untuk menampung keperluan hidup di sini, mereka hanya mampu meminta sedekah daripada orang ramai. Walaupun kebanyakan mereka mempunyai kad UNHCR (United Nations High Commissioner for Refugees), namun kad itu tidak banyak membantu, sekadar untuk membenarkan mereka menetap di negara Malaysia. Hal ini turut diakui UNHCR sendiri.

Bagi membantu kanak-kanak serta remaja Rohingya ini mendapat pendidikan asas, seramai lapan penuntut daripada Institut Perguruan Persekutuan, Pulau Pinang mewakili Yayasan Kemanusiaan Muslim Aid Malaysia dengan sukarela melaksanakan satu program membaca dan menulis (2M) bagi membela nasib anak-anak Rohingya ini. Program bertempat di Bagan Dalam, Pulau Pinang dilaksanakan tiga bulan bermula Februari sehingga Mei 2010 dengan bantuan dana UNHCR. Menurut penyelaras program, Wardah Abdul Rahman, 25, program ini dijalankan pada setiap Ahad bermula jam 9 pagi sehingga 1 tengah hari.


Seramai 31 anak-anak Rohingya berusia empat sehingga 17 tahun dikumpulkan untuk mengikuti program ini. "Program ini dilaksanakan kepada anak-anak Rohingya kerana mereka tidak mempunyai keistimewaan untuk menimba ilmu seperti kanak-kanak lain yang mampu ke sekolah. Program ini bertujuan membantu mereka menguasai kemahiran membaca dan menulis supaya mereka tidak lagi tertindas di bumi sendiri," katanya. Menurut Wardah, bagi melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran, semua sukarelawan merangka sukatan pelajaran dengan membahagikan mereka kepada empat kumpulan mengikut penguasaan kemahiran 2M ini. Ujian pencapaian akan diadakan pada penghujung bulan untuk menilai prestasi pelajar ini. Mereka turut disediakan kelengkapan pembelajaran dan makanan yang disediakan pihak sukarelawan. Dalam tempoh ini, setiap minggu anak-anak Rohingya ini diajar menguasai bahasa Melayu mengikut peringkat umur mereka. Modul pengajaran disediakan sepenuhnya sukarelawan Muslim Aid merangkap fasilitator iaitu guru pelatih. "Walaupun sukarelawan menghadapi kesukaran berinteraksi dengan kanak-kanak ini kerana mereka menggunakan bahasa Myanmar, kesungguhan dan keikhlasan mereka harus dipuji kerana sanggup mengajar asas bahasa Melayu," jelasnya. Namun, sesuatu yang berada di luar pengetahuan adalah kesungguhan anak-anak Rohingya ini menerima ilmu. Bahkan ibu bapa mereka sendiri turut mempunyai kesedaran yang tinggi bahawa pendidikan mampu merubah nasib mereka. Kehidupan sukar menyebabkan ada yang terpaksa mengabaikan aspek pendidikan anak-anak. Mereka tidak mampu menghantar anak-anak belajar ke sekolah swasta ataupun menghadiri kelas tambahan yang memerlukan perbelanjaan besar. Jadi, kelas percuma dengan khidmat sukarelawan seperti ini amat diharapkan. "Sukarelawan diberi lampu 'hijau' untuk mendidik dan mengajar anak mereka dengan cara kami sendiri biarpun penuh ketegasan agar anak-anak mereka benar-benar terdidik dan menjadi insan berguna," katanya.

Tambah Wardah, tempoh masa yang singkat selama tiga bulan sebenarnya tidak cukup bagi pembelajaran mereka. Namun, sekiranya selepas ini mendapat dana daripada UNHCR program sebegini akan disambung semula. Bagi kanak-kanak yang sudah mahir menulis, membaca dan bertutur dalam bahasa Melayu, mereka akan menjadi tenaga pengajar untuk generasi seterusnya. Dengan cara ini pendidikan akan sentiasa berkembang dari satu generasi ke generasi lain. Wardah berharap agar usaha murni mampu memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia mengenai permasalahan yang menimpa saudara seislam di sini.

2 comments

  1. Unknown Says:
  2. Ini kerja dan tugas kerajaan malaysia yg menerima sebagai refugee..

     
  3. Unknown Says:
  4. We are from a small business and we do weekly fundraising campaign. We just going to start soon on our website www.humbles.org.

    Please contact us: humblesgroup@gmail.com.

    We'd love to raise fund for your society.

     

ad Lapels News

Rohingya News For Today (MRS)

Myanmar News Today

Asia News Today

World News Today

MRS News On Tv Rohingya

Member MRS

    Please join this site

    Enter your email address:

    free counters

    Ad Tv News Day

    Community Rohingya Isslam Pro-Democracy Organization(CRIPDO)

    Malaysian Rohingya Refugees Sosaity (MRS)

    Must Red more site